1. Terma dan Syarat
Pelanggan yang dimuliakan,
* Pihak kami akan melakukan penghantaran ke lokasi pelanggan bermula jam 10 pagi - 6 petang setiap hari kecuali hari AHAD di mana penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya.
Memandangkan tempahan yang semakin banyak setiap hari, penghantaran akan dibuat keesokan harinya setelah bayaran penuh diterima. Walaubagaimanapun pihak kami akan sedaya upaya membuat penghantaran pada hari yang sama sekiranya slot jadual penghantaran masih terdapat kekosongan.
* Pesanan pelanggan akan dibuat mengikut slot penghantaran yang kami tetapkan supaya ia dapat melancarkan urusan penghantaran.
* Pelanggan perlu berada di lokasi penghantaran semasa penghantaran dibuat.
* Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat barangan rosak atas kecuaian pelanggan sendiri contohnya tiada di lokasi ketika Rider berada di lokasi.
* Jika tempahan yang dihantar tidak elok, pelanggan berhak mendapat Kredit yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya, tiada pemulangan wang ringgit akan dilakukan.
* Pelanggan wajib memaklumkan 30 minit selepas penerimaan berserta bukti kepada Pihak Pasago sekiranya tempahan tidak elok.
* Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan terus kepada [email protected] atau hubungi No Hotline kami di 013 361 6007.